Berita Viral
'Hebat kuasa Allah' - Doa tujuh tahun dimakbulkan, ibu influencer 'Muka Gangster' peluk Islam
KUALA LUMPUR 7 Nov – Doa dan penantian selama tujuh tahun akhirnya dimakbulkan buat pempengaruh media sosial, Muhammad Mikhael Sathayah apabila ibunya, M Muniamah, 75, memeluk agama Islam dalam satu majlis ringkas yang berlangsung semalam.
Pempengaruh yang lebih dikenali sebagai Muka Gangster itu berkongsi detik bermakna tersebut menerusi akaun TikTok miliknya, memaparkan ibunya dibimbing seorang ustaz untuk mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan beliau dan isterinya.
“Hebat kuasa Allah. Terima kasih Allah. Ya Allah…Ya Allah…Ya Allah, hidayah milik Allah.
“Alhamdulillah, akhinya ‘mak titew’. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah, saat ini rasa macam mimpi. Terima kasih Allah,” katanya.
Sebaik selesai mengucapkan syahadah, Muniamah dilihat mencium pipi anaknya dan memeluk menantunya sebagai tanda syukur, sambil suasana penuh sebak itu dirakam dan dikongsikan hingga meraih lebih dua juta tontonan di platform berkenaan.
Rata-rata pengguna media sosial menzahirkan ucapan tahniah dan rasa terharu atas penghijrahan wanita warga emas itu yang kini bergelar saudara baharu Islam.
“Ya Allah masya-Allah, menitik air mata ini. Akhirnya Allah bagi hidayah untuk ‘mak titew’ masuk Islam,” komen pengguna bernama Hiyjeraa.
“Nak tengok ‘mak titew’ pakai tudung. Abang jangan lupa ‘tag’ saya. Anak la segalanya buat mak, sebab tu maknya sanggup masuk Islam juga, semoga mak sihat selalu dan murah rezeki,” tulis Isyika.
“Hebat brader (abang) ni, dulu dia pernah cakap walaupun dia masuk Islam dia tak akan tinggalkan mak dia. Akhirnya dia berjaya tarik (mak) sekali (masuk Islam),” kongsi pengguna @Hemhe.
Terdahulu, Muhammad Mikhael pernah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah penghijrahannya sendiri menerusi video di media sosial.
Menurutnya, sebelum memeluk Islam, dia terlalu mengejar dunia hingga merasakan jiwanya semakin kosong dan gelap.
“Mencari jiwa yang hilang, kenapa aku ke sini. Sampai dah dapat jawapan, saya bagi tahu mak, mak saya nak masuk Islam. Mak terdiam, terkejut lepas itu mak senyum dan beri kebenaran,” katanya.
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
