Berita Berita
Pemimpin tertinggi GISBH mengaku bersalah sertai pertubuhan menyalahi undang-undang
KAJANG 7 Nov – Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali, bersama 21 pemimpin tertinggi perniagaan itu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini atas pertuduhan menganggotai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Pengakuan bersalah itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan secara serentak oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dalam prosiding yang dijalankan di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang.
Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) dilaporkan menerima representasi daripada semua tertuduh berhubung pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020.
Pada 23 Oktober 2024, Nasiruddin, 66; isterinya, Azura Md Yusof, 58; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asa'ari, 33; serta 19 pemimpin tertinggi GISBH didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Lapan tertuduh wanita ialah Hamimah Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29; dan Nur Jannah Omar, 33.
Sementara itu, 11 lagi tertuduh lelaki ialah Hasnan Abd Hamid, 54; Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35; dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.
Mahkamah kini mendengar hujahan mitigasi daripada pihak pembelaan serta hujahan pemberatan daripada pihak pendakwaan sebelum hukuman dijatuhkan.
Pertuduhan pilihan
Semua tertuduh kini berdepan pertuduhan pilihan iaitu menganggotai GISBH, yang didakwa sebagai sebuah pertubuhan menyalahi undang-undang. Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Bandar Country Homes, Rawang, antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, atau denda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dan Norinna Bahadun, manakala semua tertuduh diwakili peguam Datuk Rosli Kamaruddin.
Berita berkaitan
November 8, 2025, 11:52 pm
Ewon Benedick sah letak jawatan Menteri KUSKOP, akui janggal terus bersama Kabinet Persekutuan
November 8, 2025, 7:22 pm
Penoreh getah alami kemurungan ditemui maut belakang rumah di Sik
November 8, 2025, 5:42 pm
'PM ada hak rombak kabinet' - Mat Sabu akur jika ditukar kementerian lain
November 8, 2025, 4:58 pm
Murid 11 tahun maut ketika sertai program sekolah di kolam renang di Sungai Besi
November 8, 2025, 1:49 pm
Lelaki ditembak di stesen minyak di Bukit Tinggi maut
November 8, 2025, 12:21 pm
Malaysia kekal bebas, tidak tunduk kuasa besaf - Anwar
November 8, 2025, 11:53 am
Perjuangan Amanah bukan untuk kejar kuasa, tapi bawa roh Islam sebenar - Mat Sabu
November 8, 2025, 11:24 am
Lelaki dalam senarai 'wanted' parah ditembak di stesen minyak Bukit Tinggi
November 8, 2025, 11:00 am
Malaysia lakar sejarah dilantik Lembaga Eksekutif UNESCO, bukti pengiktirafan dunia - Fadhlina
November 8, 2025, 10:03 am
