TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

RELA ingatkan tindakan menghalang atau mengugut anggota boleh disiasat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 7 Nov – Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengingatkan orang awam bahawa sebarang tindakan menghalang, mengugut atau menengking anggotanya ketika bertugas boleh disiasat mengikut peruntukan undang-undang.

Dalam satu kenyataan, RELA menegaskan bahawa anggotanya merupakan penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di bawah bidang kuasa jabatan tersebut.

Jabatan itu turut memandang serius kejadian tular pada 4 November lalu melibatkan seorang anggotanya yang sedang bertugas di Terminal Bas Johor Bahru Sentral, Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

Menurut kenyataan itu, insiden berlaku ketika anggota berkenaan sedang membantu mengawal kelancaran pergerakan orang awam serta keselamatan kawasan terminal, sebelum ditegur secara kasar oleh seorang lelaki yang tidak berpuas hati apabila diminta mematuhi laluan ditetapkan untuk menggunakan perkhidmatan bas.

RELA pada masa sama menghargai profesionalisme dan kesabaran anggota yang terbabit dalam menangani situasi tegang tersebut tanpa mencetuskan sebarang provokasi.

Bagi memastikan keberkesanan tugas anggota, RELA memaklumkan latihan dan bimbingan berterusan akan terus diberikan bagi meningkatkan tahap kompetensi serta keyakinan orang awam terhadap perkhidmatannya.

Semalam, tular sebuah video memaparkan kekecohan antara seorang lelaki dan anggota RELA di Terminal Bas BSI.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 11.13 pagi Selasa lalu, selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pembantu keselamatan.

Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek berusia 31 tahun itu pada Khamis, dan semakan mendapati dia mempunyai satu rekod lampau, manakala ujian saringan urin pula didapati negatif dadah.

+ - reset