Berita Berita
Lelaki India hilang ketika mandi sungai ditemukan mati, tangan kiri hilang disyaki dibaham buaya
MIRI 7 Nov – Seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Kampung Hilir, Kuala Tutoh, Baram, ditemukan maut pagi tadi dengan tangan kiri hilang dipercayai akibat dibaham buaya.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa berusia 21 tahun itu dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 9.30 pagi, kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
“Keseluruhan tangan kiri mangsa didapati hilang dan dikhuatiri dibaham buaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mangsa, seorang kru kapal, sebelum itu dilaporkan hilang pada Rabu ketika mandi di sungai berkenaan. Kejadian berlaku sekitar jam 4 petang apabila mangsa berenang ke arah kawasan pasir berhampiran kapal yang sedang berlabuh.
Namun, kapal tersebut kemudian beralih ke tengah sungai, menyebabkan mangsa berpatah balik dan cuba berenang semula ke arah kapal yang berada kira-kira 30 meter dari pantai.
Ketika sedang berenang, mangsa tiba-tiba hilang daripada penglihatan rakan-rakannya yang tidak sempat melemparkan pelampung keselamatan. Tiada tindakan terjun dilakukan kerana kawasan itu pernah dikenal pasti sebagai habitat empat ekor buaya sebelum ini.
Kedalaman sungai di kawasan mangsa dilaporkan tenggelam dianggarkan sekitar sembilan meter.
Berita berkaitan
November 8, 2025, 11:52 pm
Ewon Benedick sah letak jawatan Menteri KUSKOP, akui janggal terus bersama Kabinet Persekutuan
November 8, 2025, 7:22 pm
Penoreh getah alami kemurungan ditemui maut belakang rumah di Sik
November 8, 2025, 5:42 pm
'PM ada hak rombak kabinet' - Mat Sabu akur jika ditukar kementerian lain
November 8, 2025, 4:58 pm
Murid 11 tahun maut ketika sertai program sekolah di kolam renang di Sungai Besi
November 8, 2025, 1:49 pm
Lelaki ditembak di stesen minyak di Bukit Tinggi maut
November 8, 2025, 12:21 pm
Malaysia kekal bebas, tidak tunduk kuasa besaf - Anwar
November 8, 2025, 11:53 am
Perjuangan Amanah bukan untuk kejar kuasa, tapi bawa roh Islam sebenar - Mat Sabu
November 8, 2025, 11:24 am
Lelaki dalam senarai 'wanted' parah ditembak di stesen minyak Bukit Tinggi
November 8, 2025, 11:00 am
Malaysia lakar sejarah dilantik Lembaga Eksekutif UNESCO, bukti pengiktirafan dunia - Fadhlina
November 8, 2025, 10:03 am
