TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Faisal Halim cetus tanda tanya dengan hantaran hitam putih di Instagram

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 Nov – Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sekali lagi menarik perhatian netizen selepas memuat naik hantaran terbaharu di laman Instagram (IG) yang menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey itu berkongsi gambar dirinya dalam tona hitam putih tanpa sebarang kapsyen, sekali gus mencetuskan pelbagai tafsiran daripada pengikutnya.

Ramai netizen mengaitkan hantaran tersebut dengan isu rumah tangga pemain sayap Selangor FC itu yang sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial, manakala sebahagian lagi membuat andaian beliau bakal meninggalkan dunia bola sepak.

Terdahulu, isterinya, Nur Syazwani Mizuana turut mencetuskan perhatian selepas memuat naik beberapa IG Stories dengan hantaran berbunyi “perkahwinan bukan satu perjudian” dan disusuli dengan “wanna play the game? Let’s play, patut la layan aku macam sampah.”

Perkongsian itu seolah-olah menggambarkan wujudnya kemelut peribadi, namun hantaran tersebut telah dipadam tidak lama kemudian.

Sementara itu, ruangan komen di media sosial Faisal dibanjiri pelbagai reaksi daripada peminat yang menzahirkan doa dan sokongan moral agar beliau tabah menghadapi dugaan.

“Semoga dipermudahkan urusan Mickey, kami belakang awak,” tulis Fahrin Ramli.

“Semoga urusan luar bola Mickey dipermudahkan,” kata seorang lagi pengguna, Ridhwanovic.

“Hal rumah tangga atau Mickey bakal tinggalkan bola sepak? Apa pun, moga yang baik-baik untuk Faisal Halim. Orang hebat sentiasa diuji,” komen Shahrul.

+ - reset