Berita Berita
Duda tak sempat zip seluar, terkejut dicekup khalwat di bilik hotel
JOHOR BAHRU 14 Nov – Seorang duda berusia lingkungan 30-an didapati tidak sempat menzip seluar ketika dicekup berkhalwat dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Taman Desa Tebrau pada Khamis.
Menurut kenyataan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) 2025, serbuan dilakukan pada jam 1.30 pagi selepas menerima maklumat mengenai kegiatan mencurigakan di bilik tersebut.
“Pintu dibuka kurang lima minit selepas diketuk. Lelaki itu tidak berbaju, hanya memakai seluar jean dengan zip terbuka. Dia kelihatan terkejut, mungkin menyangka yang mengetuk pintu ialah pekerja hotel,” katanya.
Keadaan bilik didapati gelap, dan penguat kuasa menegur lelaki terbabit kerana zip seluarnya terbuka sebelum dia membetulkannya.
Sebaik lampu dinyalakan, seorang wanita berusia 30-an ditemui berbaring di atas katil sambil berselimut. Pemeriksaan penguat kuasa wanita mendapati wanita tersebut tidak berpakaian.
Pihak JAINJ turut menemui pakaian kedua-duanya yang disangkut berdekatan, sekali gus menimbulkan syak wujudnya perbuatan khalwat.
Siasatan lanjut mendapati lelaki itu tinggal di Pontian dan dikatakan menyewa bilik tersebut kerana pulang lewat dari tempat kerja di Johor Bahru, manakala wanita itu tinggal menyewa bersama rakan di bandar sama.
Pasangan berkenaan ditahan atas kesalahan disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
Berita berkaitan
February 17, 2026, 8:18 pm
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis ini
February 17, 2026, 12:32 pm
Pemuda UMNO gesa Azam Baki direhatkan sementara siasatan selesai
February 17, 2026, 12:12 pm
Bergesel Bezza ketika eskot rasmi di Bukit Pasir, MPV polis disaman
February 17, 2026, 12:07 pm
Penunggang LC135 parah langgar lori sampah di Jalan Free School
February 17, 2026, 11:58 am
Suhakam gesa RCI siasat dakwaan terhadap Azam Baki
February 17, 2026, 11:54 am
Anwar seru rakyat fokus perpaduan sempena Tahun Baharu Cina
February 17, 2026, 11:18 am
Lima sekeluarga ditemui mati dipercayai dibunuh dalam rumah di Kuantan
February 16, 2026, 8:03 pm
