TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Amaran hujan berterusan di enam negeri mulai Rabu

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 Nov – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri yang dijangka berlaku antara Rabu hingga Jumaat ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan bahawa negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kelantan dan Terengganu, meliputi kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

+ - reset