TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

373 penumpang Monorel 'tersangkut' di Jalan Sultan Ismail, wanita berusia 58 tahun pengsan

By
|
Kongsi
image

 

 

KUALA LUMPUR 20 Nov – Seramai 373 penumpang berdepan detik cemas apabila sebuah tren monorel mengalami gangguan dan terkandas di laluan Jalan Sultan Ismail menghala ke Medan Tuanku, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.39 pagi sebelum menghantar pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa bersama jentera FRT-1 melibatkan lima anggota.

“Sebaik tiba di lokasi pada pukul 9.42 pagi, pasukan mendapati tren berkenaan berhenti di atas landasan menuju Medan Tuanku.

“Pihak pengurusan monorel memaklumkan keadaan terkawal dan proses pemindahan penumpang dilakukan oleh pasukan penyelenggaraan,” menurut kenyataan itu.

Kesemua 373 penumpang berjaya dipindahkan dengan selamat, namun seorang wanita berusia 58 tahun dilaporkan pengsan.

“Mangsa telah sedarkan diri selepas menerima rawatan awal daripada petugas Kementerian Kesihatan,” katanya.

 

+ - reset