Berita Berita
15 kawasan sungai di Selangor, Kuala Lumpur lepasi paras bahaya
KUALA LUMPUR 24 Nov – Kira-kira 15 kawasan sungai di Selangor dan Kuala Lumpur direkodkan melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.
Menerusi portal info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat pukul 12 tengah hari, paras air di Sungai Klang, Sungai Gombak dan Sungai Langat menunjukkan peningkatan mendadak. Bunyi siren amaran turut tular di media sosial menandakan keadaan sungai sudah kritikal.
Berikut senarai kawasan sungai yang direkodkan melepasi paras bahaya dan waspada:
-
Sungai Gombak (Jalan Tun Razak)
-
Sungai Klang (Jambatan Tun Sambanthan)
-
Sungai Klang (Klang Gate)
-
Sungai Klang (Taman Sri Muda, Klang)
-
Sungai Kerayong (Cheras)
-
Sungai Damansara (TTDI / Seksyen 17, Petaling Jaya)
-
Sungai Batu (Sentul)
-
Sungai Bunus (Danau Kota)
-
Sungai Langat (Hulu Langat)
-
Sungai Langat (Jenderam Hilir)
-
Sungai Semenyih (Semenyih Lama)
-
Sungai Bernam (Hulu Selangor)
-
Sungai Binjai (Meru, Klang)
-
Sungai Rasau (Seksyen 16, Shah Alam)
-
Sungai Kuyoh (Seri Kembangan)
Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak insiden banjir kilat, terutamanya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE). Pihak berkuasa juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau perkembangan semasa paras air sungai.
Berita berkaitan
November 24, 2025, 9:24 pm
'Apa perkara paling teruk yang boleh berlaku? Saya tak risau tentang apa-apa' - TMJ
November 24, 2025, 8:42 pm
Air makin naik, empat laluan utama ke Shah Alam ditutup
November 24, 2025, 7:40 pm
Empat tanah runtuh, tiga pokok tumbang direkod di Kuala Lumpur susulan hujan lebat
November 24, 2025, 7:33 pm
NG MERS 999 terima lebih 60,000 panggilan sehari, operasi kekal terkawal – Teo Nie Ching
November 24, 2025, 5:06 pm
Besi ‘longshaft’ 100kg dari lori terpelanting tembus kereta, warga emas maut
November 24, 2025, 3:47 pm
Cadangan Nurul Izzah sebagai calon MB hanyalah alternatif, tertakluk perkenan Sultan - Amirudin
November 24, 2025, 1:50 pm
