TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Ada air mani suami pengasuh pada dubur, usus besar bayi' - Penganggur dipenjara 30 tahun, 13 sebatan mengaku salah liwat, bunuh bayi sembilan bulan

By
|
Kongsi
image

 

SHAH ALAM 24 Nov - Seorang penganggur yang didakwa hampir empat tahun lalu atas pertuduhan meliwat dan membunuh bayi lelaki berusia sembilan bulan akhirnya menerima hukuman berat selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh, Mohamed Badruldin Mohamed, 40, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Hakim Datuk Aslam Zainuddin atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Bagi kes meliwat, tertuduh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan, manakala kesalahan membunuh membawa hukuman 30 tahun penjara bersama 12 sebatan.

Mahkamah memerintahkan semua hukuman berjalan serentak bermula tarikh tangkapan iaitu 29 April 2021.

Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan mendapati terdapat kesan asid deoksiribonukleik (DNA) dan ekstrak air mani tertuduh pada dubur serta usus besar mangsa.

Bedah siasat oleh Pakar Perubatan Perunding Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Rohayu Shahar Adnan turut mengesahkan kecederaan akibat objek tumpul pada dubur bayi berkenaan.

“Punca kematian ialah ‘smothering’. Sampel DNA juga mengesahkan terdapat ekstrak sel sperma milik OKT pada dubur dan rektum si mati. Tertuduh didapati melakukan persetubuhan luar tabii. Ada juga luka koyak dan lebam yang boleh disebabkan oleh jari atau zakar,” menurut fakta kes.

Pada hari kejadian, pengasuh bayi, Norhidayah Ab Hamid memaklumkan kepada ibu mangsa, Robiatul' Adawiah Aziz bahawa anaknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh kerana tidak sedarkan diri.

Mangsa menerima CPR, tiub bantuan pernafasan serta beberapa jenis ubat sebelum disahkan meninggal dunia pada 12.18 tengah hari, 28 April 2021.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bayi berkenaan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang antara jam 8 pagi hingga 3.30 petang, 27 April 2021, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan persetubuhan luar tabii, dia didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim yang memohon hukuman mati dikenakan, memandangkan mangsa adalah bayi yang tidak berdaya.

“Ibu bapa mangsa perlu bekerja lalu menghantarnya untuk dijaga oleh isteri Mohamed Badruldin tetapi telah diperlakukan sedemikian kerana nafsu serakah tertuduh. Sedangkan mangsa merupakan seorang bayi yang lemah maka dia sepatutnya disayangi,” katanya.

Kes ini sebelum itu dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 12 Mei 2021.

+ - reset