TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Empat tanah runtuh, tiga pokok tumbang direkod di Kuala Lumpur susulan hujan lebat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 24 Nov – Empat kejadian tanah runtuh dan tiga insiden pokok tumbang dilaporkan berlaku di sekitar ibu negara hari ini susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan bahawa pihaknya bersama Unit Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pemantauan dan operasi penyelamatan.

“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima beberapa panggilan kecemasan melibatkan tanah runtuh dan pokok tumbang di sekitar Kuala Lumpur susulan hujan lebat berpanjangan.

“Pasukan bomba masih berada di lokasi yang memerlukan pemantauan dan sentiasa bersiap sedia sekiranya berlaku kejadian kecemasan yang memerlukan tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Senarai lokasi kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang adalah seperti berikut:

  1. Pokok tumbang – Jalan Ang Seng 4, Brickfields (BBP Pantai & BBP Jalan Hang Tuah, 9.24 pagi)

  2. Tanah runtuh – Blok C, Pangsapuri Kos Rendah Jalan Sepadu 6, Taman United (BBP Seputeh, 11.02 pagi)

  3. Pokok tumbang – No. 22, Jalan Langgak Golf, Taman U Thant (BBP Jalan Tun Razak, 11.10 pagi)

  4. Tanah runtuh – No. 30, Jalan Maarof, Bangsar (BBP Pantai, 11.20 pagi)

  5. Tanah runtuh – 59, Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya, Bangsar (BBP Pantai, 3.24 petang)

  6. Tanah runtuh – Flat Sri Lempah, Lorong Jugra, Jalan Klang Lama (BBP Sri Petaling, 4.32 petang)

  7. Pokok tumbang – Jalan Kiara 5, Desa Kiaramas (BBP Sri Hartamas, 5.45 petang)

+ - reset