Berita Berita
Air makin naik, empat laluan utama ke Shah Alam ditutup
SHAH ALAM 24 Nov – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi Isnin menyebabkan beberapa kawasan di Shah Alam dinaiki air, memaksa penutupan empat laluan utama demi keselamatan pengguna jalan raya.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan, penutupan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas limpahan air dikesan berbahaya kepada kenderaan.
Antara laluan terjejas ialah Jalan Seksyen 19, Seksyen 24 menghala ke Seksyen 23, Persiaran Jubli Perak dan Persiaran Perusahaan.
"MBSA menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mengikuti arahan pihak berkuasa serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan risiko terperangkap dalam banjir kilat.
"Pengguna jalan raya juga diminta memantau perkembangan semasa bagi memastikan pergerakan lebih selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sementara itu, portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan seramai 1,106 mangsa daripada 298 keluarga kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor.
Daripada jumlah itu, empat PPS dibuka di Hulu Langat, tiga di Kuala Selangor dan dua masing-masing di Sabak Bernam, Shah Alam dan Klang.
Berita berkaitan
November 24, 2025, 9:24 pm
'Apa perkara paling teruk yang boleh berlaku? Saya tak risau tentang apa-apa' - TMJ
November 24, 2025, 7:40 pm
Empat tanah runtuh, tiga pokok tumbang direkod di Kuala Lumpur susulan hujan lebat
November 24, 2025, 7:33 pm
NG MERS 999 terima lebih 60,000 panggilan sehari, operasi kekal terkawal – Teo Nie Ching
November 24, 2025, 5:06 pm
Besi ‘longshaft’ 100kg dari lori terpelanting tembus kereta, warga emas maut
November 24, 2025, 3:47 pm
Cadangan Nurul Izzah sebagai calon MB hanyalah alternatif, tertakluk perkenan Sultan - Amirudin
November 24, 2025, 1:50 pm
‘Ini bukan main-main’: Timbalan Spekaer beri amaran kepada dua MP
November 24, 2025, 1:43 pm
