TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Apa perkara paling teruk yang boleh berlaku? Saya tak risau tentang apa-apa' - TMJ

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 24 Nov - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan bahawa baginda memilih untuk kekal tenang menghadapi pelbagai isu kerana memegang teguh kepada keutamaan dan prinsip hidup yang jauh lebih penting daripada kritikan serta kata-kata negatif orang lain.

Menjawab pertanyaan ramai mengenai sikap tenangnya kebelakangan ini, Tunku Mahkota Ismail berkata di Instagram bahawa baginda tidak gusar dengan perkara remeh yang ditimbulkan pihak tertentu.

"Sejak kebelakangan ini ramai orang bertanya kepada saya. Bagaimana saya boleh begitu tenang dengan semua perkara yang berlaku? Jawapan saya, apa perkara paling teruk yang boleh berlaku? Saya tak risau tentang apa-apa. Saya ada keutamaan dan prinsip saya sendiri yang jauh lebih penting daripada orang yang bercakap benda bukan-bukan.

"Hari seseorang boleh datang dan rampas kopi dari tangan saya adalah hari yang saya patut risau. Saya hanya percaya dan berserah kepada Allah. Saya sudah melakukannya selama bertahun-tahun."

Baginda turut mengulas mengenai kecaman, keraguan dan kempen fitnah yang pernah dihadapi sepanjang perjalanan hidupnya.

"Berapa tahun mereka meragui? Berapa tahun mereka membenci? Berapa tahun mereka jalankan kempen fitnah? dan saya mengakhirinya di kedudukan atas, tetap menang.

"Fahami ini, pembenci atau mereka yang kalah biasanya bergerak dalam kumpulan. Hanya yang kuat berjalan sendirian. Apabila aura dan kemampuan anda terlalu tinggi, mereka akan membentuk kumpulan untuk menjatuhkan anda.

"Mereka membenci anda kerana anda berjaya mengharungi semua perkara yang sepatutnya menghancurkan anda dan anda masih berdiri. Kekuatan seperti itu menakutkan orang yang lemah."

Tunku Mahkota Ismail turut mengakui bahawa perjalanan hidupnya bukan mudah, namun baginda percaya setiap cabaran mempunyai tujuan dan membentuk legasi tersendiri.

"Akhirnya, segala-galanya akan berakhir, manusia berubah dan hidup diteruskan. Saya tahu jalan saya tidak pernah mudah. Kita dilahirkan untuk mencapai kehebatan, memikul tanggungjawab dan mengharungi cabaran.

"Setiap cabaran membentuk legasi. Saya tahu Allah tidak akan memberi semua ini kepada saya hanya untuk membiarkannya mati. Allah adalah sebaik-baik perancang. Setiap pertempuran dimenangi sebelum bertarung. Walau jika saya kalah, saya menang. Ia takdir."

+ - reset