Berita Berita
PH tidak tamak bertanding kerusi PRN Sabah – Anwar
TUARAN 27 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak pernah bersikap tamak dalam pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Anwar berkata, pembahagian kerusi dibuat berasaskan semangat kerjasama antara parti dalam kerajaan perpaduan, selain menghormati kedudukan rakan gabungan di Sabah.
Menurut beliau, PH hanya bertanding dalam jumlah kerusi yang kecil.
“Ini soal kerjasama. Saudara Datuk Seri Hajiji Noor bukan Keadilan, dia GRS. Tapi GRS kerja baik dengan kita, jadi saya hormati.
“Ini semangat kita, bukan kita bolot. Kita bertanding pun tidak banyak, maknanya biar parti Sabah lebih banyak bertanding,” katanya ketika berucap pada Program Temu Rapat dengan Pimpinan Masyarakat Tempatan dan Sahabat Usahawan Tuaran, pada Khamis.
Isu MA63 dan hak 40 peratus
Mengulas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk tuntutan 40 peratus hasil negeri, Anwar berkata perkara itu kini berada pada tahap persetujuan penting antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
“Isu 40 peratus bukan mudah diselesaikan, ini berbilion, bukan puluh juta. Hari ini saya boleh tandatangan, tapi kita perlu semak perjanjian dan bila sah, kita tunaikan.
“Perdana Menteri dulu ada tunaikan? Kerajaan Sabah dulu ada bangkitkan? Ini kerajaan sekarang yang runding dan kita luluskan,” katanya.
Berita berkaitan
November 27, 2025, 2:11 pm
'Tidak pernah sekali dia minta apa-apa untuk peribadi atau keluarga' - Anwar puji Hajiji pemimpin bersih
November 27, 2025, 1:51 pm
Polis tahan lelaki disyaki 'ganggu' 3 pelajar di asrama MRSM Kuala Kubu Bharu
November 27, 2025, 1:07 pm
TLDM selamatkan orang awam terkandas akibat tanah runtuh di Pulau Jarak
November 27, 2025, 12:49 pm
Anwar hargai bantuan Thailand selamatkan rakyat Malaysia
November 27, 2025, 12:38 pm
Kerajaan sedia RM7 juta tampung perbelanjaan segera sepanjang Monsun Timur Laut
November 27, 2025, 12:32 pm
Pelajar tolak motosikal polis hingga terjatuh dikenakan tiga saman
November 27, 2025, 12:28 pm
Agong ingatkan umat Islam berwaspada ancaman ajaran sesat
November 27, 2025, 12:06 pm
HRD Awards 2025 iktiraf usaha pembangunan bakat Malaysia
November 27, 2025, 9:26 am
