Berita Berita
Surat minta pertimbangan bukan alasan untuk pecat pegawai - Anwar
KUALA LUMPUR 2 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan bekas Setiausaha Politik Kanan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin menulis surat meminta pertimbangan tidak memadai untuk menjadi alasan pemecatan lebih awal.
Menurutnya, pembangkang tidak wajar menjadikan surat berkenaan sebagai modal politik di Dewan Rakyat kerana ia hanya sekadar permohonan pertimbangan dan bukannya arahan atau campur tangan dalam urusan kelulusan projek.
“Kalau soal mengapa tidak dipecat awal, saya nak tegaskan kita tidak pecat pegawai kerana tulis surat minta dipertimbangkan. Surat meminta pertimbangan atau perhatian bukan masalah.
“Isu yang lebih serius ialah jika wujud pengaruh atau arahan, seperti yang didakwa berlaku di dua negeri pembangkang iaitu Kelantan dan Terengganu,” tegasnya ketika menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN) pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), hari ini.
Anwar turut menyelar sikap pembangkang yang didakwa tidak konsisten kerana tidak menyentuh surat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Kelantan dan Terengganu yang dikatakan meminta kelulusan projek tertentu.
“Satu kes minta lulus tiada isu, tapi satu kes minta pertimbangan jadi isu besar. Itu hipokrasi,” katanya.
Mas Ermieyati sebelum itu mempersoal mengapa Anwar tidak mengikut saranan Datuk Rafizi Ramli agar Shamsul dipecat lebih awal susulan surat sokongan kepada kontraktor pembinaan hospital tahun lalu.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan beliau tidak pernah campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meskipun ia melibatkan pegawai Pejabat Perdana Menteri.
“Dalam kes yang sedang disiasat SPRM, apa lagi yang diminta? Orang itu digari, pakai baju oren. Saya tidak campur tangan, tidak mempertahankannya,” katanya.
Beliau turut menuduh pembangkang mempunyai kecenderungan mempertahankan individu tertentu walaupun terpalit isu rasuah.
“Pembangkang ada trend pertahankan perasuah besar, termasuk yang mengaku beri rasuah. Bila kita siasat individu berprofil tinggi seperti bekas Menteri Kewangan, atau Ahli Parlimen Arau, ada yang bangun pertahankan,” katanya.
Sebagai rekod, Shamsul Iskandar direman sejak Sabtu bagi membantu siasatan dakwaan rasuah.
Berita berkaitan
December 3, 2025, 6:45 pm
Polis nafi tahanan ‘Op Songsang’ lebih 24 jam, tegas layan semua sama rata
December 3, 2025, 4:36 pm
Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA bagi tempoh dua tahun
December 3, 2025, 4:26 pm
Rafizi petik nama Nurul Izzah, Anthony Loke desak kerajaan jangan sambung kontrak Azam Baki
December 3, 2025, 4:07 pm
Hanya orang Kelantan dibenarkan dulang emas, lesen dibuka Januari
December 3, 2025, 3:38 pm
Hutang kad kredit rakyat Malaysia cecah RM50.7 bilion, BNPL tarik jutaan rakyat berhutang
December 3, 2025, 2:19 pm
'Ada bukti CCTV, kamera badan' - SPRM nafi berlaku salah laku ketika tahan Albert Tei
December 3, 2025, 2:03 pm
Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa di mahkamah kes rasuah esok
December 3, 2025, 1:29 pm
Suspek buat ancaman bom palsu di KLIA dicekup, pesawat dibenar berlepas selepas pemeriksaan keselamatan
December 3, 2025, 11:46 am
Kerajaan teliti ganti skim subsidi dengan bantuan sosial melalui MyKad – MoF
December 3, 2025, 10:25 am
