TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki dipercayai tikam isteri tidak ada masalah mental - Polis

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 2 Dis – Seorang lelaki berusia 63 tahun ditahan polis selepas dipercayai menikam isterinya, Mastura Abdullah, 40, hingga maut di Kampung Paku, Gual Ipoh, Tanah Merah, Isnin lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek negatif dadah, tidak mempunyai masalah mental, dan merupakan seorang penganggur. Polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan cemburu.

Mangsa mengalami kecederaan parah akibat satu tikaman di badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Suspek menyerah diri di Balai Polis Gual Ipoh kira-kira jam 1 petang pada hari yang sama.

Pasangan suami isteri ini telah berkahwin selama 14 tahun dan mempunyai dua anak berusia 10 dan 12 tahun. Suspek kini direman enam hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat sebelum dikebumikan pada jam 7 pagi Selasa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paku.

+ - reset