TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan perlu tanggung hutang 1MDB hampir RM50 bilion – Anwar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kerajaan Malaysia masih perlu menanggung hutang terbesar yang diwarisi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak 2018, iaitu hampir RM50 bilion, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menjelaskan jumlah itu merangkumi RM34 bilion hutang prinsipal serta komitmen faedah bernilai RM17 bilion.

“Keseluruhan hutang 1MDB mencecah hampir RM50 bilion,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai hutang negara dan strategi pembayaran kerajaan.

Sehingga kini, kerajaan telah melangsaikan sebanyak RM42 bilion termasuk prinsipal dan faedah, dengan pulangan kembali RM29 bilion hasil usaha Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Masih terdapat baki yang perlu diselesaikan,” tambahnya.

+ - reset