TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki Pakistan cedera diserang 25 individu di Bukit Ampang

By
|
Kongsi
image

AMPANG 2 Dis – Seorang lelaki warga Pakistan dan dua rakannya cedera selepas diserang sekumpulan individu di Ampang Lookout Point, Bukit Ampang, pada 14 November lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam ketika kenderaan dinaiki mangsa berhenti di lampu isyarat.

“Tiba-tiba datang seorang suspek tidak dikenali menjerit dan bertindak agresif dengan cuba menahan kereta pengadu.

“Suspek kemudian mengejar serta menghalang kereta dinaiki mangsa, sebelum mendakwa dirinya anggota Kementerian Pertahanan dan cuba menunjukkan kad kuasa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Menurut Khairul Anuar, insiden itu bertambah tegang apabila 25 lelaki lain muncul dan mengelilingi mangsa serta dua rakannya, sebelum menyerang mereka secara fizikal sehingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada kenderaan.

Berikutan laporan polis dibuat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menahan empat lelaki berusia antara 18 hingga 40 tahun antara Rabu hingga Jumaat.

“Siasatan mendapati seorang daripada suspek mempunyai dua rekod lampau, manakala tiga lagi tiada rekod jenayah,” katanya.

Katanya, seorang suspek direman enam hari, manakala tiga yang lain direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama.

+ - reset