Berita Berita
UMNO dan BN digesa tarik sokongan terhadap Anwar
SHAH ALAM 2 Dis – UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh meneruskan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan, demikian menurut surat terbuka yang ditulis ahli UMNO Cawangan Bukit Damansara, Datuk Mohd Zaid Ibrahim kepada Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mohd Zaid berkata, gesaan itu dibuat selepas meneliti perkembangan politik semasa, dan pandangannya bukan bersifat peribadi, sebaliknya berdasarkan Perlembagaan UMNO serta penilaian terhadap kepentingan negara dan masa depan parti.
Beliau mendakwa kerajaan gagal mempertahankan kedaulatan negara dalam rundingan strategik antarabangsa selain kehilangan sokongan komuniti Cina serta prestasi negosiasi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang didakwa lemah sehingga mengabaikan kepentingan Persekutuan.
Menurutnya, UMNO-BN juga berisiko tewas teruk pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya menjelang pilihan raya negeri (PRN) di Melaka dan Johor yang akan datang.
“Selain itu, terdapat campur tangan dalam institusi kehakiman dan salah guna kuasa. Anwar bukan sahaja gagal dalam agenda reformasi undang-undang, beliau turut didakwa menggunakan badan kehakiman dan agensi penguatkuasaan sebagai alat politik.
“Anwar juga gagal menjaga kepentingan bumiputera dalam rundingan perdagangan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta menggadai kepentingan geopolitik negara akibat kecondongan berlebihan terhadap Amerika Syarikat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Mohd Zaid turut menegaskan bahawa beberapa dasar kerajaan ketika ini bercanggah dengan Perlembagaan UMNO, merujuk Fasal 3.1 berkaitan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara serta Fasal 3.4 berhubung memajukan ekonomi Melayu dan bumiputera.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) itu berpandangan bahawa Anwar kini menjadi liabiliti politik kepada UMNO, BN dan negara, sekali gus menjejaskan keyakinan rakyat terhadap parti.
“Meletakkan masa depan UMNO kepada seorang Perdana Menteri yang sudah hilang sokongan rakyat amat merugikan parti.
“Justeru, saya merayu agar UMNO dan BN menarik balik sokongan serta keluar daripada Kerajaan Perpaduan dalam kadar segera bagi mengembalikan keyakinan pengundi Melayu menjelang PRU16,” katanya.
Berita berkaitan
December 3, 2025, 6:45 pm
Polis nafi tahanan ‘Op Songsang’ lebih 24 jam, tegas layan semua sama rata
December 3, 2025, 4:36 pm
Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA bagi tempoh dua tahun
December 3, 2025, 4:26 pm
Rafizi petik nama Nurul Izzah, Anthony Loke desak kerajaan jangan sambung kontrak Azam Baki
December 3, 2025, 4:07 pm
Hanya orang Kelantan dibenarkan dulang emas, lesen dibuka Januari
December 3, 2025, 3:38 pm
Hutang kad kredit rakyat Malaysia cecah RM50.7 bilion, BNPL tarik jutaan rakyat berhutang
December 3, 2025, 2:19 pm
'Ada bukti CCTV, kamera badan' - SPRM nafi berlaku salah laku ketika tahan Albert Tei
December 3, 2025, 2:03 pm
Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa di mahkamah kes rasuah esok
December 3, 2025, 1:29 pm
Suspek buat ancaman bom palsu di KLIA dicekup, pesawat dibenar berlepas selepas pemeriksaan keselamatan
December 3, 2025, 11:46 am
Kerajaan teliti ganti skim subsidi dengan bantuan sosial melalui MyKad – MoF
December 3, 2025, 10:25 am
