Berita Berita
Bajet Melaka 2026 jaga kepentingan rakyat dari ditimang hingga ke liang lahad
MELAKA 5 Dis – Bajet Melaka 2026 yang dibentangkan hari ini memperincikan sebanyak 204 inisiatif baharu merangkumi kebajikan, pendidikan, pembangunan modal insan, keagamaan serta pemerkasaan komuniti, dengan fokus menjaga kepentingan rakyat “dari ditimang hingga ke liang lahad”.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata bajet berpaksikan tema Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) itu memperuntukkan RM528.8 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM93 juta untuk perbelanjaan pembangunan.
“Kerajaan negeri merangka bajet ini bagi memberi tumpuan kepada segenap lapisan masyarakat, daripada bayi sehingga warga emas. Antara peruntukan terbesar di bawah MeSRa memberi perhatian kepada warga emas, golongan OKU dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media selepas membentangkan bajet berkenaan pada Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, hari ini.
Fokus syiar Islam, komuniti dan kumpulan rentan
Ab Rauf berkata pemerkasaan syiar Islam turut menerima peruntukan signifikan, termasuk manfaat kepada guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA), nelayan, peniaga kecil, pengamal media serta golongan OKU.
Liang lahad siap digali di setiap DUN
Kerajaan negeri turut merancang langkah baharu memudahkan urusan pengebumian dengan menyediakan 10 liang lahad siap digali di setiap kawasan tanah perkuburan dalam satu Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kerajaan mencadangkan pembelian sebuah jengkaut bagi setiap DUN yang akan dibincangkan bersama PBT bagi memastikan liang lahad boleh disediakan lebih awal tanpa perlu menunggu penggali kubur ketika berlaku kematian,” katanya.
Bonus penjawat awam negeri
Seramai 5,200 penjawat awam negeri turut diumumkan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM2,000, selain insentif tambahan RM500, menjadikan keseluruhan peruntukan bagi bayaran itu mencecah RM11.379 juta.
Bajet 2026 ini, katanya, adalah komitmen berterusan kerajaan negeri memastikan kebajikan rakyat dijaga secara menyeluruh dan inklusif.
Berita berkaitan
December 5, 2025, 7:04 pm
Pelaku rasuah patut dibankrapkan, aset negara dipulangkan sepenuhnya - Azam Baki
December 5, 2025, 5:14 pm
Lebih 1,000 hadiri solat jenazah Bung Moktar di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
December 5, 2025, 3:30 pm
AirAsia umum seragam baharu, benarkan kru kabin berhijab mulai 2026
December 5, 2025, 3:23 pm
Kabinet bimbang insiden kematian dalam tahanan, Anwar arah laporan terperinci polis
December 5, 2025, 3:16 pm
Anwar bakal umum rombakan kecil kabinet selepas rundingan dengan ketua parti
December 5, 2025, 3:12 pm
Bas hilang kawalan, 14 penumpang terselamat dalam insiden di KM428 Lebuh Raya Utara-Selatan
December 5, 2025, 3:05 pm
Sindiket dadah guna upah RM5,000 setiap perjalanan tumpas dalam dua serbuan serentak
December 5, 2025, 3:03 pm
Agong sebak rasmi Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor, terkenang Almarhum Tunku Abdul Jalil
December 5, 2025, 12:25 pm
