TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lebih 1,000 hadiri solat jenazah Bung Moktar di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

By
|
Kongsi
image

 

KOTA KINABALU 5 Dis - Suasana hiba menyelubungi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu apabila lebih 1,000 umat Islam berhimpun selepas solat Jumaat untuk menunaikan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan; serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Mohd. Arifin Arif, selain beberapa pemimpin politik, rakan kenalan dan ahli keluarga Allahyarham.

Solat jenazah tersebut diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting pada kira-kira pukul 1.20 tengah hari sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas untuk dikebumikan. 

+ - reset