Berita Berita
Pelaku rasuah patut dibankrapkan, aset negara dipulangkan sepenuhnya - Azam Baki
PUTRAJAYA 5 Dis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa pelaku rasuah perlu dihukum sehingga ke tahap dibankrapkan bagi memastikan mereka tidak lagi menikmati hasil rompakan terhadap negara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, agensi itu komited memperhebat usaha pemulihan aset pada tahun hadapan sebagai sebahagian strategi mengurangkan ketirisan secara maksimum serta memastikan setiap sen yang dicuri dipulangkan kepada rakyat.
Menurutnya, tumpuan SPRM pada 2026 akan diberikan kepada siasatan lebih agresif terhadap kes-kes berprofil tinggi, melibatkan individu berkuasa atau berharta agar mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
“Masyarakat kini semakin peka dan bijak menilai, sekali gus menuntut pendekatan baharu yang lebih berkesan dalam operasi, pencegahan serta pendidikan antirasuah di semua peringkat.
“Pendekatan lama yang lapuk perlu ditransformasikan. Walaupun ada pendekatan baharu berusia setahun dua, ia mungkin tidak lagi relevan pada tahun mendatang,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Jumaat.
Azam berkata, SPRM turut meningkatkan kemampuan pegawainya melalui pemantapan teknik siasatan moden selain kerjasama strategik dengan agensi dalam dan luar negara untuk menjejaki aset yang hilang atau dicuri.
“Hari Antirasuah Antarabangsa menjadi peringatan bahawa perjuangan menentang rasuah bukan sekadar acara simbolik tetapi kempen global yang menuntut tekad jitu daripada semua pihak,” katanya.
Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggambarkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh tadbir urus bersih selaras tiga tahun pentadbiran Kerajaan Madani.
Azam turut menggariskan beberapa pembaharuan undang-undang yang sedang digerakkan di bawah strategi antirasuah nasional, termasuk undang-undang perolehan, Rang Undang-Undang Freedom of Information dan pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Beliau berkata, pelaksanaan Default Protection Agreement serta insentif potongan cukai kepada syarikat yang melaksanakan program pencegahan rasuah juga antara inisiatif penting yang akan diteruskan pada 2026.
“Semua ini membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan integriti dan memerangi rasuah secara lebih efektif,” katanya.
Berita berkaitan
December 5, 2025, 5:14 pm
Lebih 1,000 hadiri solat jenazah Bung Moktar di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
December 5, 2025, 3:30 pm
AirAsia umum seragam baharu, benarkan kru kabin berhijab mulai 2026
December 5, 2025, 3:23 pm
Kabinet bimbang insiden kematian dalam tahanan, Anwar arah laporan terperinci polis
December 5, 2025, 3:16 pm
Anwar bakal umum rombakan kecil kabinet selepas rundingan dengan ketua parti
December 5, 2025, 3:12 pm
Bas hilang kawalan, 14 penumpang terselamat dalam insiden di KM428 Lebuh Raya Utara-Selatan
December 5, 2025, 3:05 pm
Sindiket dadah guna upah RM5,000 setiap perjalanan tumpas dalam dua serbuan serentak
December 5, 2025, 3:03 pm
Agong sebak rasmi Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor, terkenang Almarhum Tunku Abdul Jalil
December 5, 2025, 3:00 pm
Bajet Melaka 2026 jaga kepentingan rakyat dari ditimang hingga ke liang lahad
December 5, 2025, 12:25 pm
