TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua lelaki cedera ditembak dalam kereta di Seremban

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN 10 Dis - Dua lelaki cedera selepas dipercayai ditembak ketika berada dalam sebuah kereta berhampiran Jalan Rasah menghala Tol Port Dickson, di sini, pagi tadi.

Kejadian yang turut dirakam orang awam itu menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan terkulai di bahagian pemandu kereta Perodua Myvi putih terbabit, manakala beberapa tompokan darah jelas kelihatan di luar kenderaan serta pada bahagian tempat duduk penumpang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, ketika dihubungi, mengesahkan insiden berkenaan dan memaklumkan kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Beliau berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta individu yang terbabit.

+ - reset