TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki warga Bangladesh masuk tandas wanita di Terminal Bas Kulai ditahan

By
|
Kongsi
image

KULAI 10 Dis – Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan selepas didapati memasuki tandas wanita di Terminal Bas Kulai, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, berkata lelaki terbabit dibawa ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan serta pemeriksaan dokumentasi.

“Hasil siasatan mendapati lelaki itu baru turun dari bas Kuala Lumpur dan memasuki tandas wanita secara tidak disengajakan.

“Lelaki tersebut membawa beg pakaian yang diletakkan di kerusi menunggu sebelum memasuki tandas, dan ketika kejadian tiada wanita berada dalam tandas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki berusia 35 tahun itu dibebaskan selepas proses dokumentasi selesai dan laporan polis dibuat.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan lelaki dipercayai warga Bangladesh ditahan orang awam selepas didakwa memasuki tandas wanita di terminal berkenaan, sebelum diserahkan kepada anggota polis.

+ - reset