Berita Berita
Lelaki warga asing mengamuk guna senjata di pangsapuri di Kepong
KEPONG 10 Dis - Suasana di sebuah pangsapuri di Taman Wangsa Permai di sini gempar apabila seorang lelaki warga asing bertindak agresif sambil mengacukan senjata tajam dalam kejadian, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu bagaimanapun berjaya dikawal selepas suspek ditahan oleh polis dengan bantuan orang awam.
“Susulan kejadian, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor D. Velraj di talian 013-3631913.
“Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222,” katanya.
Terdahulu, satu video menunjukkan lelaki tersebut ditahan polis selepas dipercayai menimbulkan kekecohan dan bertindak ganas di kawasan pangsapuri berkenaan tular di media sosial.
Berita berkaitan
December 10, 2025, 12:47 pm
Menu Malaysia-India 'mendunia', Mano Thevar jadi cef Malaysia pertama raih dua bintang Michelin di Singapura
December 10, 2025, 12:06 pm
LRT Laluan Shah Alam tidak akan beroperasi tahun ini – Prasarana
December 10, 2025, 12:01 pm
Tiga remaja ditahan kes samun pemandu e-hailing di Johor Bahru
December 10, 2025, 11:57 am
Dua penghuni maut dalam kebakaran rumah di Taman Teluk Air Tawar
December 10, 2025, 11:50 am
Tiga lelaki jatuh laut di Pulau Pinang dalam tempoh 24 jam
December 10, 2025, 11:49 am
Lelaki warga Bangladesh masuk tandas wanita di Terminal Bas Kulai ditahan
December 10, 2025, 11:28 am
UMNO masih bersedih, belum sedia bincang pengganti Bung
December 10, 2025, 10:59 am
Dua lelaki cedera ditembak dalam kereta di Seremban
December 10, 2025, 10:50 am
