TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

UMNO masih bersedih, belum sedia bincang pengganti Bung

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 10 Dis - UMNO masih dalam kesedihan selepas pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dan belum bersedia untuk membincangkan pengisian jawatan beliau. Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam hanya membincangkan hal berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, tanpa menyentuh penggantian Bung Moktar.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, sebelum mesyuarat bermula, kepimpinan UMNO mengadakan tahlil ringkas sebagai mengenang jasa Allahyarham yang disifatkan dekat dengan pemimpin parti.

“Banyak pemimpin masih bersedih dan terasa dengan pemergian Allahyarham (Bung Moktar), kami belum bersedia lagi (bincang pengganti). Perasaan masih bercampur baur, memang terasa sangat kehilangan itu. Beri kami sedikit masa,” katanya.

Allahyarham Bung Moktar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, meninggal dunia pada 5 Disember lepas di Kota Kinabalu beberapa hari selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam PRN Sabah. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam memaklumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag akan diadakan pada 16 Disember ini.

Mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato’ Onn turut dihadiri Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Setiausaha Agung parti.

 

+ - reset