Berita Berita
Dua penghuni maut dalam kebakaran rumah di Taman Teluk Air Tawar
SEBERANG PERAI 10 Dis – Dua penghuni maut selepas dipercayai terperangkap dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Taman Teluk Air Tawar, Butterworth, pagi tadi.
Setakat ini, identiti kedua-dua mangsa belum dikenal pasti.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.41 pagi sebelum anggota bergegas ke lokasi.
Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, dengan bantuan BBP Penanti dan Bandar Perda.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas dan anggaran kemusnahan ketika itu adalah 80 peratus.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja-kerja penyelamatan, pemadaman dan pengawalan kebakaran.
“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.15 pagi, dan laporan awal komander operasi memaklumkan terdapat dua mangsa terperangkap. Seorang daripadanya berjaya dikeluarkan terlebih dahulu namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata operasi masih dijalankan dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Berita berkaitan
December 10, 2025, 12:47 pm
Menu Malaysia-India 'mendunia', Mano Thevar jadi cef Malaysia pertama raih dua bintang Michelin di Singapura
December 10, 2025, 12:06 pm
LRT Laluan Shah Alam tidak akan beroperasi tahun ini – Prasarana
December 10, 2025, 12:01 pm
Tiga remaja ditahan kes samun pemandu e-hailing di Johor Bahru
December 10, 2025, 11:50 am
Tiga lelaki jatuh laut di Pulau Pinang dalam tempoh 24 jam
December 10, 2025, 11:49 am
Lelaki warga Bangladesh masuk tandas wanita di Terminal Bas Kulai ditahan
December 10, 2025, 11:28 am
UMNO masih bersedih, belum sedia bincang pengganti Bung
December 10, 2025, 11:13 am
Lelaki warga asing mengamuk guna senjata di pangsapuri di Kepong
December 10, 2025, 10:59 am
Dua lelaki cedera ditembak dalam kereta di Seremban
December 10, 2025, 10:50 am
