Berita Berita
Tiga remaja ditahan kes samun pemandu e-hailing di Johor Bahru
JOHOR BAHRU 10 Dis – Tiga remaja lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian samun pemandu e-hailing dan satu kes kecurian di sini kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor, berkata ketiga-tiga remaja berusia antara 15 hingga 17 tahun itu ditahan pada 3.15 petang semalam.
Beliau berkata sebelum itu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun pada 9.18 pagi kelmarin.
“Pengadu mendakwa disamun oleh tiga lelaki tempatan yang menaiki kenderaan e-hailing miliknya.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 7.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan menghantar suspek pulang ke rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, sebaik tiba di sebuah kawasan perumahan di Skudai, suspek meminta mangsa menunjukkan kod QR dengan alasan mahu membuat pembayaran tambang melalui aplikasi Touch ‘n Go.
“Ketika mangsa menghulurkan telefon untuk menunjukkan kod tersebut, suspek merampas telefon berkenaan sebelum melarikan diri.
“Mangsa cuba mengejar suspek namun tergelincir dan mengalami cedera ringan,” katanya.
Azrol Anuar berkata polis turut merampas beberapa barang ketika tangkapan dibuat dan penahanan itu membolehkan pihaknya menyelesaikan dua kes iaitu samun berkumpulan dan kecurian yang berlaku pada hari sama di Taman Perling.
“Semakan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing mereka adalah negatif,” katanya.
Beliau berkata semua suspek direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan) dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan (mencuri).
Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai menjauhi kegiatan jenayah dan sentiasa mematuhi undang-undang.
Berita berkaitan
December 10, 2025, 12:47 pm
Menu Malaysia-India 'mendunia', Mano Thevar jadi cef Malaysia pertama raih dua bintang Michelin di Singapura
December 10, 2025, 12:06 pm
LRT Laluan Shah Alam tidak akan beroperasi tahun ini – Prasarana
December 10, 2025, 11:57 am
Dua penghuni maut dalam kebakaran rumah di Taman Teluk Air Tawar
December 10, 2025, 11:50 am
Tiga lelaki jatuh laut di Pulau Pinang dalam tempoh 24 jam
December 10, 2025, 11:49 am
Lelaki warga Bangladesh masuk tandas wanita di Terminal Bas Kulai ditahan
December 10, 2025, 11:28 am
UMNO masih bersedih, belum sedia bincang pengganti Bung
December 10, 2025, 11:13 am
Lelaki warga asing mengamuk guna senjata di pangsapuri di Kepong
December 10, 2025, 10:59 am
Dua lelaki cedera ditembak dalam kereta di Seremban
December 10, 2025, 10:50 am
