Berita Berita
Pemuda Pas desak kerajaan kekal tidak ikitiraf UEC
SHAH ALAM 10 Dis – Pemuda Pas mendesak kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertegas dan tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan sedia ada.
Timbalan Ketuanya, Mohd Hafez Sabri berkata, Malaysia sejak dahulu mengamalkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang menjadi asas kepada perpaduan serta pembangunan negara, dan sebarang usaha mengiktiraf UEC dianggap bercanggah dengan prinsip itu.
“Pemuda Pas membantah desakan berterusan oleh DAP untuk mengiktiraf UEC sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.
“Tuntutan tersebut jelas bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.
Kenyataan itu susulan laporan bahawa Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, memaklumkan partinya akan bertemu Anwar bagi membincangkan pengiktirafan UEC, selain meminta masyarakat Cina agar bersabar.
Mohd Hafez yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi menegaskan bahawa kerajaan sejak 1975, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Menteri Pelajaran, telah memberi ruang kepada UEC untuk beroperasi sebagai sekolah swasta.
Beliau menjelaskan, pada tahun 2012 pula di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, UEC diberi pengiktirafan bersyarat hanya untuk tujuan pengambilan guru pelatih ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam bidang Pendidikan Bahasa Cina.
“Namun selepas dibenarkan beroperasi sejak 1975 dan diberikan pengiktirafan bersyarat pada 2012, kini timbul pula tuntutan supaya UEC diberi pengiktirafan penuh setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
“Tambahan pula, tiada keperluan bagi kerajaan mengiktiraf UEC kerana selain bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, ia juga menimbulkan ketidakadilan kepada murid Cina yang mengikuti sistem pendidikan kebangsaan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK),” ujarnya.
Beliau menambah bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) sudah pun diiktiraf sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, justeru sebarang keutamaan baharu terhadap UEC perlu diteliti secara berhati-hati.
Berita berkaitan
October 23, 2026, 10:44 pm
15 tahun tunggu 'flyover', penduduk Alam Budiman bawa enam kubur tepi jalan simbolik tuntut penyelesaian
October 23, 2026, 10:23 pm
Sampai hati ibu! Mayat bayi perempuan tujuh bulan ditemui dalam tong sampah apartmen
October 23, 2026, 10:05 pm
Murid Tahun Satu maut dipercayai jatuh dari tingkat 10 PPR ketika main basikal
October 23, 2026, 5:17 pm
'Jutaan pencarum berhak tahu' - PGIRM desak KWSP jelaskan dakwaan 'tak cukup duit'
October 23, 2026, 4:00 pm
2027 tahun penting buat KPM, kurikulum baharu bakal dilaksana, jadikan sekolah lebih selamat
October 23, 2026, 3:52 pm
DUN Sarawak bubar bermula Isnin 26 Oktober ini
October 23, 2026, 3:34 pm
TuJu ganti Waze: 'Takpalah jalan jauh sikit, daripada serah maklumat kepada Israel"- Anwar
October 23, 2026, 2:36 pm
Tangki helium meletup ketika kerja kimpalan, lelaki maut di kilang barang lusuh di Kajang
October 23, 2026, 2:22 pm
Ahli PN digesa sokong calon BN pada PRN Melaka – Takiyuddin
October 23, 2026, 1:57 pm
