Berita Berita
Tun M dakwa kerajaan tak dedah sepenuhnya kandungan perjanjian dengan AS
PUTRAJAYA 10 Dis – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan tidak mendedahkan secara penuh kandungan perjanjian yang dimeterai dengan Amerika Syarikat (AS), khususnya melibatkan aspek ketenteraan dan dasar luar negara kuasa besar itu.
Beliau berkata, maklumat terbaharu yang diterimanya menunjukkan keputusan dibuat kerajaan bersama Washington adalah “lebih berbahaya daripada yang disangka”, sehingga menggambarkan kedudukan Malaysia seolah-olah menjadi satelit kepada AS.
"Kerajaan menandatangani perjanjian pertahanan ini empat hari selepas Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dimeterai. Jadi kita mahu tanya kepada kerajaan, kenapa isi kandungan mesyuarat ini tidak diumumkan kerana ia mempunyai kesan yang amat buruk kepada negara,” katanya pada sidang akhbar Sekretariat Orang Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Rakyat Berhak Tahu, Kata Mahathir
Dr Mahathir menegaskan rakyat berhak mengetahui kandungan penuh perjanjian tersebut bagi membolehkan mereka menilai sendiri implikasinya terhadap kepentingan negara.
“Kita nak tahu apa isi kandungannya supaya kita dapat membuat keputusan apa tindakan yang rakyat perlu suarakan,” tegasnya.
Kerjasama Pertahanan Malaysia–AS Dimeterai 30 Oktober
Malaysia dan AS menandatangani perjanjian kerjasama pertahanan pada 30 Oktober lalu bagi memperkukuh hubungan ketenteraan, keselamatan dan keupayaan bersama antara kedua-dua negara.
Perjanjian itu dimeterai antara Setiausaha Perang AS, Pete Hegseth, dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mohamed Khaled sebelum ini menjelaskan bahawa kerjasama itu dilaksanakan menerusi kerangka persefahaman lebih kukuh, formal dan berstruktur, termasuk latihan ketenteraan, program pertukaran pegawai serta peningkatan keupayaan pertahanan dengan sokongan AS.
Berita berkaitan
August 25, 2026, 7:36 pm
Kes Keziah Nisha: Teman lelaki ibu ditahan, disyaki ganggu seksual kakak mangsa
August 25, 2026, 5:16 pm
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes bakar, curi al-Quran di Chow Kit
August 25, 2026, 1:50 pm
Filem PG-18 tidak lagi dipotong, LPF bergerak secara progresif - FINAS
August 25, 2026, 12:33 pm
Amirudin diberi amanah urus kerjasama PH-BN pada PRN Melaka - Anwar
August 25, 2026, 12:29 pm
Ayob Khan dedah diintip militan IS ketika berjoging
August 25, 2026, 12:24 pm
Cadangan audit forensik ke atas FELDA akan dibawa ke Kabinet - Anwar
August 25, 2026, 12:24 pm
Umat Islam perlu berubah, jangan sampai orang cemas dengan Islam – Anwar
August 24, 2026, 9:54 pm
