Berita Berita
Sentuh dada dan kemaluan, operator kilang mengaku cabul 3 budak perempuan di taman permainan di Seremban
SEREMBAN 10 Dis - Operator kilang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap empat kanak-kanak perempuan, sejak November lalu.
Tertuduh, Muhamad Azizzuan Arsemi, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim N Kanageswari selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memegang kemaluan dan bahagian dada bagi maksud seksual terhadap tiga kanak-kanak berusia tujuh, lapan dan sembilan tahun.
Tertuduh turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menunjukkan kemaluan terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
Kesalahan itu dilakukan pada waktu petang dari 21 November hingga 3 Disember lalu di taman permainan di Taman Senawang Indah dan Taman Jasmin, di sini.
Oleh itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 (a) dan Seksyen 15 (a) (i) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jika disabitkan bagi Seksyen 14 (a), boleh dipenjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan sebat manakala mengikut Seksyen 15 (a) (i), tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun serta denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni tidak menawarkan sebarang jaminan kerana dikhuatiri tertuduh akan mencari mangsa lain jika dibebaskan dengan jaminan.
Norazihah turut memaklumkan kepada mahkamah yang tertuduh berisiko melarikan diri selain kesalahan yang dilakukan lelaki itu adalah sangat serius kerana membabitkan beberapa kanak-kanak bawah umur.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dibenarkan dengan jumlah minimum kerana menanggung anak dan ibu yang menghidap pelbagai penyakit seperti jantung serta asma selain mengaku sudah insaf.
Kanageswari bagaimanapun bersetuju dengan pihak pendakwaan dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Sebutan semula bagi fakta dan hukuman pada 16 Disember.
Berita berkaitan
July 27, 2026, 3:16 pm
Orang lain anjur ratusan juta, kita cuma belanja RM16 juta perbaiki trek F1 Sepang - PM
July 27, 2026, 3:02 pm
Salah urus dan campur tangan politik punca Felda rugi RM10 bilion
July 27, 2026, 2:58 pm
Enam lelaki mengaku tidak bersalah culik ahli perniagaan, minta tebusan RM8 juta
July 27, 2026, 1:23 pm
Guan Eng jumpa Anwar cadang satu peperiksaan kemasukan universiti awam untuk semua pelajar
July 27, 2026, 12:07 pm
Rakyat Malaysia maut ditikam akibat perselisihan 2 kumpulan di Korea
July 27, 2026, 11:25 am
Operasi PATI diperhebat walau depot sesak
July 27, 2026, 11:11 am
F1 GP Bahrain di Sepang beri limpahan ekonomi jangka panjang - Ahmad Zahid
July 27, 2026, 11:07 am
Legasi 35 tahun Ayob Khan terus jadi inspirasi warga PDRM
July 27, 2026, 10:18 am
