Berita Berita
67 notis saman dikeluarkan dalam operasi JPJ di Simpang Ampat
ALOR GAJAH 11 Dis - Sebanyak 67 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Gerak Kenderaan Bermotor Kebangsaan yang dijalankan di Plaza Tol Simpang Ampat, kelmarin.
Operasi bersepadu itu dikendalikan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2025 peringkat negeri.
Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, semua notis berkenaan dikeluarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 membabitkan kesalahan teknikal, modifikasi tidak mengikut spesifikasi serta ketidakpatuhan lain yang menjejaskan keselamatan dan alam sekitar.
“JPJ memeriksa 132 kenderaan dan 28 daripadanya dikenakan tindakan, membabitkan 20 kenderaan barangan serta lapan kenderaan persendirian,” katanya.
Antara kesalahan paling banyak dikesan ialah cermin gelap sebanyak 18 kes, diikuti 11 kes lain-lain kesalahan teknikal, enam kes tayar haus dan dua kes membabitkan ketiadaan Lesen Kenderaan Barangan (GDL).
Selain itu, turut direkodkan lima kes melibatkan pemandu tidak mempamerkan pelekat P/L, tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) serta insurans tamat tempoh.
Sementara itu, JAS Melaka memeriksa dan menguji 81 kenderaan mengikut Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Enjin Diesel) 1996 serta Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.
Hasilnya, 10 tawaran kompaun dan 11 Notis Arahan dikeluarkan mengikut Seksyen 48A Akta Kualiti Alam Sekeliling berkaitan kesalahan pelepasan asap serta pelanggaran peraturan alam sekitar.
Siti Zarina berkata, JPJ Melaka komited meneruskan kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa lain bagi memastikan keselamatan jalan raya, pematuhan undang-undang dan kelestarian alam sekitar berada pada tahap terbaik.
Operasi itu melibatkan 79 anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi, termasuk enam anggota JPJ Melaka.
Turut serta ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik IPD Alor Gajah, Unit Penguatkuasaan Lebuhraya JPJ, Pejabat Peronda Lebuhraya Zon Selatan 1, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS).
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
