Berita Berita
Kerjasama komuniti perniagaan Muslim penting perkukuh kuasa ekonomi dunia – Mohamed Iqbal
KUALA LUMPUR 10 Dis - Kerjasama dalam kalangan komuniti perniagaan Muslim di seluruh dunia amat penting bagi memperkasa keupayaan bersama dan meletakkannya sebagai kuasa ekonomi yang benar-benar berpengaruh pada peringkat global, kata Presiden Global Muslim Business Forum (GMBF), Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther.
Beliau berkata, dengan kekuatan hampir dua bilion penduduk serta jejak ekonomi yang semakin berkembang pesat, komuniti Muslim tidak lagi boleh dianggap sebagai pemain pinggiran dalam pasaran global.
“Komuniti Muslim, atau Ummah, bukan pemain kecil. Ia berpotensi menjadi kuasa ekonomi yang dominan. Sebab itu kerjasama bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan. Kita mesti membina hubungan ekonomi yang lebih mendalam kerana apabila dunia Muslim bergerak bersama, ia membentuk pasaran,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Forum Perniagaan Muslim Global 2025, di sini hari ini.
Forum berkenaan dianjurkan bersama Institut Strategik KSI, Islamic Chamber of Commerce and Development (ICCD) serta Global One, sebuah pertubuhan bukan kerajaan berpangkalan di United Kingdom yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Program itu menghimpunkan pembuat dasar, pemimpin perniagaan, sarjana dan inovator bagi merangka hala tuju strategik untuk komuniti Muslim global.
Mohamed Iqbal yang juga Timbalan Pengerusi KSI Strategic Institute for Asia Pacific berkata, Malaysia sejak sekian lama percaya kepada kepentingan dialog konstruktif dalam kalangan negara dan komuniti Muslim.
Beliau berkata Malaysia berperanan sebagai jambatan penting menghubungkan Asia Tenggara, Teluk, Asia Selatan serta sistem antarabangsa yang lebih luas.
“Malaysia konsisten memperjuangkan dialog, kesederhanaan dan kerjasama ekonomi. Kepimpinan kita dalam kewangan Islam, standard halal, fasilitasi perdagangan dan perundangan mencerminkan komitmen untuk membina jambatan, bukan tembok.
“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berada pada kedudukan unik untuk menggalakkan pendekatan kerjasama antara Timur dan Barat, dan bulan lalu kita telah menyaksikan bagaimana pendekatan itu dilaksanakan dengan penuh keyakinan,” katanya.
Dengan populasi global mencecah 1.9 bilion orang dan terus meningkat, umat Islam kini menjadi antara kuasa demografi serta ekonomi terpenting dunia.
Pada 2022, perbelanjaan pengguna Muslim dicatatkan sebanyak AS$2.29 trilion, dipacu pertumbuhan sektor makanan halal, farmaseutikal, fesyen patuh syariah, pelancongan dan media.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
