Berita Berita
Fahmi Fadzil kini bergelar Datuk, dikurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor
KLANG 11 Dis – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato’ sempena Hari Keputeraan ke-80 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.
Penganugerahan itu berlangsung pada istiadat rasmi di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di sini, yang menyaksikan seramai 98 individu menerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor.
Selain Fahmi, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail, turut dikurniakan darjah kebesaran sama yang membawa gelaran Dato’ bagi penerima lelaki dan Datin Paduka bagi penerima wanita, daripada keseluruhan 16 penerima Darjah Kebesaran D.P.M.S. tahun ini.
Terdahulu, Sultan Selangor berkenan berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan istiadat penganugerahan berkenaan.
Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin; Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah; serta isteri baginda, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.
Pada istiadat tersebut, anakanda Sultan Sharafuddin, Tengku Zerafina, mengetuai senarai penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-80.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
