TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kejam! Mayat bayi ditemui dalam lori sampah di Bukit Jalil

By
|
Kongsi
image


 

KUALA LUMPUR 11 Dis - Penduduk di sekitar Bukit Jalil digemparkan dengan penemuan objek dipercayai jasad seorang bayi yang ditemui di dalam sebuah lori sampah, hari ini.

Kejadian itu tular selepas dua video berdurasi lapan dan 14 saat beredar di media sosial, memaparkan satu objek dipercayai mayat bayi berada dalam timbunan sisa dalam lori berkenaan.

Lebih memilukan, jasad berkenaan kelihatan dalam posisi menyerupai fetus seperti keadaan bayi dalam kandungan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Chua Kok Lian ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan penemuan tersebut.

"Ya betul (ada laporan), ia masih dalam tindakan dan kami akan update (kemas kini)," katanya ringkas.

Setakat ini, polis belum mengeluarkan sebarang maklumat lanjut berhubung identiti atau punca kematian bayi tersebut.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana jasad itu boleh berada dalam lori sampah.

+ - reset