Berita Berita
Budak tujuh tahun terbunuh selepas motosikal dirempuh Alza
JERLUN 11 Dis – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas motosikal dinaikinya bersama bapa dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di simpang tiga Jalan Sanglang, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Nur Naziha, 7, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala bapanya, Muhammad Hanif Hamdi, 33, mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu MPV jenis Perodua Alza dalam perjalanan dari Alor Setar ke Simpang Ampat.
“Apabila sampai di tempat kejadian, terdapat sebuah kenderaan lain dengan nombor pendaftaran tidak pasti berada di hadapan dan bergerak ke kiri jalan.
“Pemandu Perodua Alza mendakwa tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang motosikal Honda EX5 dinaiki dua beranak itu yang ketika itu berhenti di tengah jalan untuk membelok,” katanya hari ini.
Akibat rempuhan tersebut, kanak-kanak berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala bapanya cedera ringan.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi proses bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
