Berita Berita
Anwar umum pendekatan baharu rangka pembangunan negara
JOHOR BAHRU 11 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan komited untuk terus mendengar pandangan serta teguran kerajaan negeri bagi memastikan setiap perancangan pembangunan benar-benar menepati keperluan rakyat di peringkat akar umbi.
Menurut Anwar, pendekatan baharu itu menandakan perubahan penting dalam cara kerajaan merangka pembangunan negara, iaitu tidak lagi bergantung kepada andaian pihak pusat semata-mata, sebaliknya memberi ruang lebih luas kepada input negeri.
Beliau berkata, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan pentadbiran negeri membolehkan pelan pembangunan diselaraskan dengan realiti di lapangan, termasuk di Johor – negeri yang kini muncul sebagai antara penyumbang terpenting kepada ekonomi negara.
“Johor terus mencatat prestasi pelaburan yang sangat memberangsangkan, dengan nilai pelaburan berpotensi melepasi RM100 bilion. Ini merupakan perkembangan yang boleh dianggap rekod baharu buat Johor.
“Pencapaian ini membuktikan keyakinan pelabur asing dan tempatan terhadap kestabilan ekonomi serta hala tuju pembangunan yang lebih tersusun di bawah Kerajaan Madani,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru (PLBEGJB) di Stesen KTMB Kempas Baru, di sini hari ini. Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan sistem pengangkutan moden yang bakal menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi setempat, termasuk projek pengangkutan elektrik baharu yang sedang dirancang.
Beliau berkata, pembangunan infrastruktur itu bukan sekadar penyediaan landasan rel, tetapi turut digabungkan dengan perancangan menyeluruh meliputi pembangunan pusat ekonomi, kawasan komersial, gerai makanan, perumahan dan pelbagai kemudahan rakyat di kawasan sekitar stesen.
Jelasnya, setiap stesen baharu akan dibina secara strategik bagi mewujudkan kawasan pertumbuhan baharu, sekali gus merancakkan kegiatan ekonomi tempatan serta meningkatkan peluang pekerjaan untuk penduduk setempat.
Tambah Anwar, model pembangunan berasaskan pengangkutan atau transit-oriented development (TOD) itu bakal menjadi antara tunjang utama pembaharuan ekonomi negara dalam beberapa tahun akan datang.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
