Berita Berita
Ejen pemungut tak dapat komisen atau keuntungan daripada JPJ - Anthony Loke
KUALA LUMPUR 11 Dis – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan pelantikan ejen pemungut baharu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak membabitkan sebarang komisen atau keuntungan kepada mana-mana syarikat seperti didakwa pihak tertentu.
Beliau berkata, syarikat yang memohon status berkenaan lazimnya merupakan platform berasaskan teknologi yang mahu memudahkan urusan pelanggan mereka dengan menawarkan perkhidmatan JPJ sebagai nilai tambah.
Setiap kutipan yang dibuat juga perlu diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan.
Menurut Loke, permohonan berkenaan termasuk daripada platform jual beli kenderaan yang membantu pelanggan menjelaskan saman, memindah milik kenderaan serta memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM).
“Syarikat seperti ini mahukan status ejen pemungut agar semua transaksi boleh diselaraskan berbanding perlu berurusan dengan JPJ sebanyak tiga kali. Mereka bukan saja tidak mendapat komisen, malah bagi sesetengah transaksi seperti tukar hak milik, mereka perlu membayar JPJ.
“Jika hanya transaksi sekali, aplikasi MyJPJ sudah tentu lebih mudah kepada orang ramai. Dengan perkembangan pendigitalan, akan ada lebih banyak platform memohon status ejen pemungut dan Kementerian Pengangkutan akan memudah cara,” katanya menerusi entri video di Facebook.
Loke turut memaklumkan bahawa 10 ejen pemungut telah dilantik sejak 2016 tanpa sebarang pembayaran komisen oleh JPJ.
“Pembangkang menguar-uarkan bahawa ejen pemungut akan menerima komisen bagi setiap transaksi JPJ. Memang kedengaran menguntungkan kalau ikut naratif mereka, tetapi ia tidak benar.
“Lebih menarik, Kerajaan Perikatan Nasional juga pernah melantik ejen pemungut pada 29 April 2022, namun ketika itu langsung tidak digambarkan sebagai tindakan mengaut keuntungan atau menggadaikan JPJ,” katanya.
Semalam, Ramssol Group Bhd menerusi anak syarikatnya Rider Gate Sdn Bhd memaklumkan syarikat itu telah dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pengangkutan sebagai ejen kutipan yang diberi kuasa oleh JPJ.
Melalui portal aplikasi Rider Gate, pengguna kini boleh memperbaharui LKM, membayar saman trafik dan memindah hak milik kenderaan secara digital dengan caj nominal bagi setiap transaksi.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
