TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Suami disyaki bunuh isteri, simpan mayat dalam pangsapuri empat hari di Butterworth

By
|
Kongsi
image

 

BUTTERWORTH 11 Dis – Tindakan seorang lelaki hadir ke balai polis untuk memaklumkan mengenai kematian isterinya membawa kepada pendedahan mengejut apabila wanita berkenaan dipercayai telah dibunuh sejak empat hari lalu.

Insiden tragik itu terbongkar selepas polis menjalankan pemeriksaan di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna, di sini, dan menemukan mayat mangsa disimpan di bilik belakang rumah pasangan berkenaan dengan kesan kelar pada leher, dipercayai akibat senjata tajam.

Lelaki berusia 28 tahun itu hadir seorang diri ke balai polis pagi tadi dan memaklumkan berlaku kematian di rumah tersebut, sebelum pihak berkuasa bergegas ke lokasi.

Pemeriksaan lanjut menemui mayat wanita berusia 44 tahun itu dan polis kemudiannya menahan suaminya, yang juga penganggur, untuk siasatan.

Mangsa yang mempunyai lima anak hasil perkahwinan terdahulu difahamkan baru dua tahun berkahwin dengan suspek, yang turut mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Polis kini sedang menyiasat punca serta motif kejadian bagi melengkapkan siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

+ - reset