TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Terdapat kecederaan di abdomen mangsa, polis siasat unsur cuai bayi setahun meninggal di rumah pengasuh di Seremban

By
|
Kongsi
image

 

SEREMBAN 12 Dis – Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kematian seorang bayi perempuan berusia sekitar setahun yang dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di bawah jagaan pengasuh di Bandar Sri Sendayan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, maklumat mengenai kejadian diterima pada jam 6.26 petang Isnin lalu selepas ibu mangsa membawa anaknya ke sebuah klinik swasta pada jam 5.50 petang kerana tidak sedarkan diri.

“Doktor bertugas di klinik tersebut telah melakukan proses bantuan pernafasan (CPR) namun mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, bayi berkenaan dipercayai dijaga pengasuh sama sejak lima bulan lalu dan sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam keadaan lemah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan laporan mendapati terdapat kecederaan pada bahagian abdomen,” katanya.

Azahar memaklumkan bahawa pengasuh berusia 32 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

+ - reset