Berita Berita
'Tidak perlu iktiraf UEC selagi...' - Tok Mat
KUALA LUMPUR 12 Dis - Kerajaan kekal terbuka untuk mempertimbangkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), namun hanya jika sistem itu diperbaharui agar memenuhi ciri-ciri pendidikan nasional termasuk penggunaan bahasa kebangsaan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa selagi UEC tidak digubal menepati aspirasi negara, kelayakan itu tidak boleh disetarakan dengan sistem pendidikan kebangsaan.
Sebagai sebuah negara berdaulat, katanya, pendidikan mesti dibangunkan berlandaskan nilai, misi serta kepentingan nasional.
"Ia mesti disandarkan pada misi, nilai, kepentingan dan cita-cita nasional dan ia mesti dilaksanakan dalam bahasa ibunda bagi memperkukuh identiti kebangsaan.
"Selagi tiada usaha mereformasi sistem UEC agar diharmonikan dengan aspirasi nasional, maka ia akan kekal sebagai sistem yang tidak setara dengan sistem pendidikan kebangsaan dan akan tidak perlu untuk diiktiraf dengan selayaknya," katanya melalui kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh mengkritik DAP, khususnya sasarannya terhadap Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, selepas parti itu berhasrat membawa isu pengiktirafan UEC ke perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohamad berkata pengukuhan perpaduan nasional bukan perkara mudah bagi negara berbilang kaum, dan pendidikan dalam bahasa kebangsaan adalah jalan terbaik untuk membentuk identiti bersama.
Beliau menambah kurikulum nasional dibina berasaskan kearifan tempatan dan disepadukan dengan standard antarabangsa supaya tidak tersasar daripada amalan terbaik dunia.
Tambahnya, kerajaan tidak pernah menghalang pelaksanaan UEC yang digendalikan Dong Zong sejak 1975.
"...ia tidak menghadapi apa jua masalah pelaksanaan (sejak itu). Yang menjadi isu ialah pengiktirafan kelayakan tersebut," katanya.
Beliau turut mengingatkan agar pendidikan tidak dipolitikkan kerana institusi pendidikan adalah ruang penting bagi anak-anak pelbagai kaum belajar bekerjasama secara harmoni.
Jelasnya, mereka yang memilih untuk mengikuti sistem UEC tetap mempunyai kebebasan berbuat demikian, namun tidak wajar mendesak kerajaan mengiktiraf sijil itu jika ia tidak memenuhi ciri sistem pendidikan kebangsaan.
"Bagi tujuan kemasukan ke universiti, ia tidak menjadi masalah. Ia diterima di kebanyakan universiti di Malaysia dan di luar negara," katanya.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
