Berita Berita
JPJ Kelantan ingatkan peserta RXZ Forever Legend jaga tingkah laku, elak provokasi
KOTA BHARU 12 Dis – Peserta program RXZ Forever Legend yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Februari ini di RTC Tunjong diingatkan supaya menjaga tingkah laku serta tidak mencetuskan sebarang provokasi ketika berada di negeri ini.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pihaknya tidak menghalang kehadiran peminat acara anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO) itu, yang difahamkan telah mendapat kelulusan kerajaan negeri serta pihak polis.
Menurut beliau, JPJ sentiasa menyokong penganjuran program melibatkan anak muda, namun kebimbangan utama adalah pergerakan peserta ketika datang dan pulang, terutama membabitkan kumpulan besar penunggang motosikal.
“Kami tidak tekan sangat semasa program berlangsung, itu penganjur yang uruskan. Cuma yang merisaukan ialah perjalanan mereka datang dan balik. Gerombolan yang hendak datang dari luar Kelantan ini kita nasihatkan supaya rancang perjalanan dengan baik dan jangan bawa motosikal dalam keadaan berlumba.
“Kami tidak halang mereka hadir, tetapi pesan kami jelas, elak provokasi seperti sengaja memecut, membuat bunyi bising atau menunjukkan aksi yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai,” katanya pada sidang akhbar sempena Minggu Ops Gerak Kebangsaan bersempena Hari Ozon Sedunia 2025 di sini, malam Khamis.
Mohd Misuari turut mengingatkan peserta supaya mematuhi peraturan jalan raya kerana kelakuan menonjol seperti motosikal diubah suai secara ekstrem pasti akan menarik perhatian pihak berkuasa.
“Datanglah ke Kelantan dengan aman. Ikut peraturan, insya-Allah tiada siapa hendak kacau. Kami percaya pihak polis juga sependapat dalam isu ini. Kalau motosikal itu jelas diubah suai secara keterlaluan, tidak mungkin JPJ akan ‘tengok sahaja’,” katanya.
Beliau berharap semua peserta dapat menikmati program tersebut dengan selamat serta menjaga imej komuniti permotoran di negara ini.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
