Berita Berita
Cubaan potong punca kemalangan maut libatkan trak ATM di Machang
MACHANG 12 Dis – Cubaan seorang pemandu Proton Wira memotong kenderaan di hadapannya sebelum merempuh trak tentera dari arah bertentangan dipercayai menjadi punca kemalangan yang mengorbankan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semalam.
Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, kemalangan itu turut menyebabkan tiga lagi anggota ATM serta pemandu Proton Wira berkenaan cedera dan kini menerima rawatan di hospital.
Beliau menjelaskan, kejadian berlaku pada pukul 6.35 petang di Jalan Kota Bharu–Kuala Krai berhampiran Bukit Belah, Machang.
“Siasatan awal mendapati trak tiga tan jenis Hicom Handalan milik ATM yang membawa empat anggota sedang dalam perjalanan pulang dari Tanah Merah ke Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, Proton Wira dari arah Kota Bharu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum masuk ke laluan bertentangan.
“Pemandunya tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran antara kedua-dua kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ahmad Shafiki, impak pelanggaran tersebut menyebabkan penumpang hadapan trak ATM meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
Beliau turut meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 011-1454020 atau Bilik Gerakan IPD Machang di 09-9751222.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
