Berita Berita
JIM Kuala Lumpur tahan 31 pendatang tanpa izin dalam operasi sekitar Masjid Jamek
KUALA LUMPUR 12 Dis – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 31 pendatang tanpa izin termasuk tiga wanita dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar Masjid Jamek, malam tadi.
Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, Ops Kutip yang bermula pada 7.20 malam itu melibatkan seramai 25 pegawai yang melakukan pemeriksaan di sekitar stesen Transit Aliran Ringan (LRT) berkenaan.
“Pemeriksaan dilakukan secara rambang terhadap warga asing yang turun dari perkhidmatan LRT serta mereka yang berada di setiap penjuru jalan kawasan tersebut. Secara keseluruhan, sebanyak 60 individu diperiksa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, warga Bangladesh mencatatkan tangkapan tertinggi dengan 11 orang, diikuti India (lapan), Pakistan (tujuh), Indonesia (tiga) serta masing-masing seorang dari Sudan dan Filipina.
“Lima daripada mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa, manakala selebihnya di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak memiliki pas atau permit sah,” katanya.
Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
