Berita Berita
Lelaki, wanita ditahan berkhalwat di bilik sewa di Johor Bahru
JOHOR BAHRU 12 Dis – Tindakan seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan di sebuah bilik sewa di sebuah rumah teres dua tingkat mengundang padah apabila mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada jam 2.30 pagi, baru-baru ini.
Menurut JAINJ, pihaknya menerima aduan bahawa rumah yang disewa mengikut bilik itu sering menjadi lokasi keluar-masuk individu mencurigakan pada lewat malam.
“Setibanya di lokasi, rumah dalam keadaan gelap dan pagar berkunci. Selepas tiga minit, seorang lelaki berbaju kain pelikat membuka pintu dan tidak menyangka kedatangan penguat kuasa, menyangkakan penghuni lain pulang tanpa kunci.
“Pemeriksaan di ruang tamu yang gelap dilakukan menggunakan lampu suluh sebelum beberapa pintu bilik diketuk. Selepas kira-kira tujuh minit, satu bilik dibuka oleh seorang wanita berpakaian ringkas,” katanya dalam kenyataan.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki lain berada di atas tilam dalam keadaan berbungkus dengan gebor merah dan enggan bangun kerana tidak berpakaian.
“Penguat kuasa menghulurkan tuala kepadanya sebelum dia diarahkan berpakaian semula.
“Pasangan itu mengaku tidak mempunyai hubungan mahram dan hanya ‘kawan’, namun siasatan awal menunjukkan mereka kerap berjumpa di bilik berkenaan,” ujarnya.
Lebih mengejutkan, pemeriksaan menemukan sejumlah besar kondom dalam beberapa kotak pelbagai jenama, warna dan jenis, termasuk beberapa kondom terpakai yang dibuang merata di sisi serta bawah katil.
“Wanita itu mengakui membeli barangan tersebut di sebuah kedai serbaneka berhampiran dan penghantaran dibuat ke alamat bilik sewanya. Dia juga menyewa bilik itu pada kadar RM500 sebulan, termasuk utiliti.
“Difahamkan, lelaki berusia belasan tahun itu bekerja di Johor Bahru dan tinggal di rumah sewa lain kira-kira 10 kilometer dari lokasi, manakala wanita berusia 20-an turut bekerja di bandar ini.
“Lelaki terbabit dipercayai keluar-masuk bilik itu hanya ketika ‘line clear’, berdasarkan maklumat penghuni lain,” katanya lagi.
Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan dibawa ke balai polis berhampiran.
Penguat kuasa menegaskan aktiviti maksiat di Johor sentiasa dipantau, dan orang ramai digesa menyalurkan aduan 24 jam di talian 07-2076429.
Berita berkaitan
December 13, 2025, 12:01 pm
Paras air Sungai Klang lepasi tahap bahaya susulan hujan lebat
December 13, 2025, 11:53 am
Wanita dakwa isteri penjenayah ditembak mati rupanya kekasih, ada 10 rekod jenayah
December 13, 2025, 11:39 am
Polis siasat video lori treler bawa helikopter halang laluan di Subang Jaya
December 13, 2025, 11:28 am
Polis Melaka beri kelonggaran peserta RXZ, tindakan tegas jika langgar undang-undang
December 12, 2025, 10:20 pm
Pengiktirafan UEC mesti selari Perlembagaan, Rukun Negara, tidak boleh diputuskan atas tekanan politik - KPT
December 12, 2025, 9:20 pm
Caj RM250 dari KLIA ke KLCC, 'ulat' teksi warga Bangladesh dicekup di KLIA
December 12, 2025, 8:45 pm
Sunway Square Mall jadi pusat beli-belah pertama di Malaysia benarkan bawa haiwan peliharaan
December 12, 2025, 6:32 pm
Lelaki parah ditembak ketika mencari petai dalam hutan di Kuala Pilah
December 12, 2025, 3:56 pm
Anwar tak sokong ikhtiraf UEC, anggap bertentangan prinsip perlembagaan
December 12, 2025, 3:42 pm
