Berita Berita
Fadhlina beri RM5,000 kepada setiap sekolah, pelajar Tingkatan Enam tentukan sendiri keperluan
SEBERANG PERAI 22 Sept – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek memberi peluang kepada pelajar Tingkatan Enam menentukan sendiri keperluan mereka apabila memperuntukkan RM5,000 kepada setiap empat sekolah di Seberang Perai Selatan.
Peruntukan itu diberikan kepada SMK Tun Syed Sheh Barakbah, SMK Simpang Empat, SMK Tunku Abdul Rahman dan SMK Mutiara Impian untuk dimanfaatkan bagi keperluan pelajar Tingkatan Enam di sekolah masing-masing.
“RM5,000 untuk setiap sekolah. Kamu fikir sendiri apa yang Tingkatan Enam kamu perlukan.”
Menurut Fadhlina, amanah itu diberikan kepada 46 pelajar Tingkatan Enam daripada empat sekolah berkenaan yang baru dilantik sebagai Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam (JPTE).
Katanya, meskipun mereka baru mengenali antara satu sama lain, setiap pelajar hadir dengan tanggungjawab baharu sebagai wakil kepada rakan-rakan Tingkatan Enam di sekolah masing-masing.
Fadhlina berkata, pertemuan berkenaan tidak mahu dijadikan sekadar sesi untuk pelajar mendengar ucapannya, sebaliknya berlangsung dalam suasana perbincangan dua hala.
“Saya tak mahu mereka datang semata-mata untuk dengar saya bercakap. Jadi kami sembang. Mereka tanya, saya jawab. Mereka bagi pandangan, saya dengar.”
Dalam sesi sama, Marsya yang pernah menjadi wakil JPTE Seberang Perai Selatan turut berkongsi pengalaman daripada perspektif seorang pelajar yang pernah memikul tanggungjawab berkenaan.
Pertemuan itu menghimpunkan wakil Tingkatan Enam daripada SMK Tun Syed Sheh Barakbah, SMK Simpang Empat, SMK Tunku Abdul Rahman dan SMK Mutiara Impian.
Sebelum sesi berakhir, Fadhlina memberikan tugasan pertama kepada barisan JPTE berkenaan dengan setiap sekolah menerima peruntukan sebanyak RM5,000.
Pelajar diminta berbincang bersama rakan-rakan mereka bagi mengenal pasti keperluan sebenar Tingkatan Enam serta menentukan bagaimana wang berkenaan boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada pelajar di sekolah masing-masing.
Menurut Fadhlina, pengalaman itu juga bertujuan mendidik pelajar mengenai erti sebenar kepimpinan yang bukan sekadar memegang sesuatu jawatan.
“Kepimpinan mungkin bermula dengan sebuah jawatan. Apabila kita perlu mendengar orang lain, membuat pilihan dan bertanggungjawab atas keputusan itu, di situlah amanah benar-benar bermula.
“Selamat bertugas, anak-anak. Buat elok-elok. Nanti saya semak laporan.”
Berita berkaitan
September 22, 2026, 12:41 pm
‘Saya dan Ismail Lasim tidak pernah dititah menghadap Tuanku Muhriz’ – Ahmad Zahid
September 22, 2026, 12:38 pm
Ayob Khan dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM baharu bagi tempoh tiga tahun
September 22, 2026, 11:26 am
‘Rakyat mahu banteras rasuah, tapi yang cium tangan perasuah pun ramai’ – Anwar
September 22, 2026, 10:37 am
DUN Melaka dijangka bubar petang ini, 21 ADUN BN dipanggil ke Seri Negeri
September 22, 2026, 10:11 am
Air parit hijau mengalir ke Sungai Langat: LUAS kesan dua insiden pencemaran di Telok Panglima Garang
September 22, 2026, 9:57 am
Pesakit strok hanya ingat nama ‘Thambirajan’, HKL cari waris selepas ditinggalkan lebih sebulan
September 22, 2026, 9:51 am
"Kenangan di Sungai Buloh": Anwar imbau detik duka bertemu keluarga di sebalik tirai besi
September 22, 2026, 9:45 am
Penumpang pitam sebelum jatuh ke landasan di Stesen LRT Wangsa Maju
September 22, 2026, 9:20 am
Jerebu makin buruk: 16 kawasan catat IPU tidak sihat seluruh negara
September 22, 2026, 9:15 am
