TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

87 saman dikeluarkan sepanjang RXZ Members Ride Edition 3.0 di Melaka

By
|
Kongsi
image

MELAKA 15 Dis – Polis Melaka mengeluarkan sebanyak 87 saman sepanjang penganjuran RXZ Members Ride Edition 3.0 yang berlangsung selama dua hari pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, saman berkenaan dikeluarkan hasil operasi pemantauan dan penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di beberapa lokasi sekitar negeri ini.

Menurut beliau, antara kesalahan tertinggi dikesan ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dengan 14 saman dikeluarkan, diikuti kesalahan tiada lesen memandu (13), tidak menampal pelekat Lesen Percubaan (11) dan tiada insurans (sembilan).

“Kesalahan lain yang direkodkan termasuk tiada cermin sisi (enam), tidak memakai topi keledar (lima), ubah suai ekzos (empat), tiada nombor pendaftaran (lima) serta kesalahan nombor plat (tiga).

“Turut dikesan ialah aksesori tidak dibenarkan (10), lampu brek tidak berfungsi (tiga), tidak mematuhi arah jalan (dua) dan gagal berhenti (satu),” katanya pada Ahad.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan tiada kenderaan disita dan tiada tangkapan dibuat sepanjang tempoh penganjuran acara berkenaan.

Dalam masa sama, Dzulkhairi berkata, polis turut mengesahkan tiada sebarang kemalangan maut atau kecederaan parah melibatkan peserta RXZ Members Ride Edition 3.0 dilaporkan sepanjang program itu berlangsung di Melaka.

Menurutnya, operasi pemantauan dan penguatkuasaan tersebut dijalankan bermula 12 hingga 14 Disember 2025, dari jam 12 tengah malam hingga 6 petang, dengan tumpuan di sekitar kawasan penganjuran dan laluan utama di negeri ini.

+ - reset