Berita Berita
Malaysia kecam serangan ganas di Sydney, sokong Australia bawa pelaku ke muka pengadilan
KUALA LUMPUR 15 Dis - Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan ganas yang mengorbankan 16 nyawa di Sydney, Australia, semalam, dan menegaskan sokongan penuh kepada usaha membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berdiri teguh bersama rakyat dan kerajaan Australia dalam menghadapi tragedi tersebut, sambil menolak sebarang bentuk keganasan yang menyasarkan orang awam, lebih-lebih lagi jika didorong perbezaan kaum atau agama.
“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat dan kerajaan Australia dalam menghadapi saat sukar ini serta menyokong sepenuhnya segala usaha bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan mengikut lunas undang-undang.
“Tindakan sedemikian sama sekali tidak berlandaskan mana-mana kepercayaan atau pegangan agama,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial.
Terdahulu, polis Australia mengesahkan dua suspek dalam serangan tembakan beramai-ramai di Pantai Bondi, Sydney, merupakan pasangan bapa dan anak, dalam insiden yang kini disifatkan sebagai serangan pengganas yang menyasarkan komuniti Yahudi.
Menurut kenyataan rasmi, penyerang berusia 50 tahun maut di lokasi kejadian selepas berbalas tembakan dengan pihak berkuasa, manakala anak lelakinya yang berusia 24 tahun mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di hospital dalam keadaan kritikal.
Serangan yang berlaku pada malam pertama sambutan Hanukkah itu mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang, termasuk seorang kanak-kanak dan dua anggota polis.
Rakaman video yang tular turut menunjukkan seorang peniaga tempatan, Ahmed al Ahmed, bertindak berani melumpuhkan salah seorang penyerang, sekali gus dipercayai mengelakkan lebih banyak korban.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menyifatkan insiden berkenaan sebagai “tragedi nasional” dan menyeru seluruh rakyat negaranya supaya bersatu menentang kebencian serta keganasan.
Kawasan sekitar Pantai Bondi kini ditutup bagi tujuan siasatan forensik, manakala kawalan keselamatan dipertingkatkan di seluruh bandar.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
