Berita Berita
MetMalaysia keluar amaran ribut petir di lapan negeri
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lapan negeri sehingga jam 1 tengah hari, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, negeri terlibat ialah Kedah meliputi Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain Pulau Pinang.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa daerah di Perak iaitu Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang membabitkan Raub dan Bentong serta Selangor.
“Di Sabah, kawasan terjejas melibatkan Pantai Barat termasuk Ranau dan Kota Belud, selain Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan serta Kudat,” menurut kenyataan itu.
Selain lapan negeri berkenaan, amaran cuaca buruk tersebut turut meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada, merancang perjalanan dengan teliti serta mengelakkan aktiviti luar ketika cuaca buruk bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
