Berita Berita
19 pegawai AKPS KLIA dikenakan tindakan tatatertib
SEPANG 15 Dis – Seramai 19 pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikenakan tindakan tatatertib selepas didapati terlibat dalam pelbagai kesalahan melibatkan pelanggaran integriti dan prosedur kerja.
AKPS KLIA dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, keputusan itu dibuat hasil persidangan Lembaga Tatatertib yang bersidang pada Jumaat lalu.
Menurut kenyataan itu, kesemua pegawai berkenaan didapati bersalah atas pelbagai kesalahan termasuk tidak hadir bertugas serta melanggar prosedur kerja berkaitan penggunaan cap keselamatan masuk dan keluar negara.
“Kesemua mereka dikenakan tindakan tatatertib termasuk amaran, penangguhan pergerakan gaji dan penurunan gaji selaras dengan peraturan perkhidmatan awam yang berkuat kuasa,” katanya.
Dalam perkembangan sama, AKPS KLIA memaklumkan sebanyak 43 kes siasatan tatatertib turut dibuka melibatkan isu integriti pegawai berhubung pelbagai kesalahan, termasuk pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP), prosedur dan peraturan kerja.
“Kesesalahan ini melibatkan penggunaan cap keselamatan masuk dan keluar negara, kawalan pemeriksaan di kaunter serta amalan ‘flying passport’ dan ‘counter setting’ yang boleh menjejaskan integriti kawalan sempadan negara,” menurut kenyataan itu.
AKPS KLIA menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku atau pelanggaran integriti, khususnya yang melibatkan kawalan masuk dan keluar negara yang merupakan elemen kritikal keselamatan negara.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
